Kejayaan itu membolehkan beliau membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi.

Pertandingan yang mema­suki pusingan kedua bermula dari Mei hingga Ogos itu menerima lebih 90,000 pen­yertaan.

“Saya benar-benar terkejut dan bersyukur dengan kemenangan ini.

“Tidak sangka pembayaran bil IWK secara e-billing selama ini membolehkan saya memenangi hadiah utama,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah peraduan pusingan kedua itu di sini hari ini.

Majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman itu turut meraikan 10 lagi pemenang bertuah yang masing-masingnya memenangi dua pakej percutian ke Osaka, Jepun setiap seorang.

Menurut Faizal, peraduan tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan pengguna mendaftarkan pembayaran bil mereka secara dalam talian selain menghargai pelanggan perkhidmatan operator pembetungan itu.

“Penyertaan memberangsangkan yang diterima secara tidak langsung berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan baharu yang kini urusan pembayaran bil mereka menjadi lebih mudah,” katanya. - UTUSAN ONLINE