Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Batik Fun Walk 2017 di Balai Seni Negara 8 Oktober

KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk 2
KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd. Ali (dua kiri) bertukar dokumen memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengarah Balai Seni Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa (tengah) sambil diperhatikan (dari kiri) Pengurus Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Aridff Farhan Doss; Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Taib Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azahari Mohd pada sidang akhbar Batik Fun Walk 2017 di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Minda Penyayang Malaysia (PMPM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia (YBPM) akan menganjurkan Batik Fun Walk 2017 di Balai Seni Negara, di sini pada 8 Oktober depan.

Acara tahunan buat kali ke-15 itu akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, program itu bertujuan mempromosikan batik sebagai seni warisan negara dan menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat.

“Seramai 3,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian sejauh 3.8 kilometer. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya cabutan bertuah, kuiz, persembahan artis, pameran seni dan mewarna batik,” katanya ketika berucap pada sidang akhbar program berkenaan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar di laman sesawang https://event.howei.com/event/bati-fun-walk-2017 dengan yuran dikenakan RM25 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain