Rapid KL memaklumkan, waktu operasi bas tersebut dilaksanakan antara setiap Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.

“Kemudahan bas yang beroperasi dari pukul 7 pagi itu bergerak di kawasan jajaran monorel dari KL Sentral ke Titiwangsa dan berhenti di semua stesen monorel dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik.

“Bagaimanapun bagi perjalanan pulang dari Titiwangsa ke KL Sentral, bas tidak berhenti di Tun Sambanthan dan stesen Air Asia-Bukit Bintang berikutan laluan sehala di Brickfields dan Bukit Bintang,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihaknya menyediakan notis mengenai perkara itu di lokasi perhentian bas bagi kemudahan para penumpang.

“Sebagai alternatif, penumpang boleh merujuk kepada kakitangan kami di pejabat perkhidmatan pelanggan,” katanya. - UTUSAN ONLINE