Bapa mangsa, Muhammad Khairul Amal Yusof, 47, berkata, kecederaan pada mulut anak lelakinya koyak hingga menerima tujuh jahitan akibat tersangkut besi pada tiang papan tanda uzur itu.

Katanya, kejadian lebih sebulan lalu itu berlaku ketika anaknya sedang bermain bola sepak lantas tersangkut kerana tidak sedar kewujudan besi melintang yang berbahaya itu akan menghalangnya.

“Kerosakan pada papan tanda taman permainan itu disedari penduduk sejak tiga bulan lalu dan ia terus terbiar tidak diselenggara MPAJ baik mengganti mahupun menanggalkan sepenuhnya tiang berisiko itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE