CHEW MEI FUN
CHEW MEI FUN

Chew Wai Sien, 83 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada pukul 5.08 petang setelah dimasukkan ke hospital berkenaan pagi tadi selepas mengadu sakit dada.

Setiausaha kepada Mei Fun, Saw Yee Fung berkata, upacara penghormatan terakhir mendiang akan diadakan esok dan Rabu di No:1, Jalan Kubah U8/48A, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kata beliau, upacara pengebumian akan diadakan Khamis ini (8 Februari) pada pukul 10 pagi di Taman Peringatan Nirwana di Shah Alam.

Mei Fun yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan berita kematian bapanya menerusi akaun Facebook beliau. - UTUSAN ONLINE.