Raja Kamariah Raja Omar bersama anak saudara melihat keadaan penyakit kaki gajah yang dihidapinya. utusan/ FAIRUZ IZYANA AYUB

Raja Kamariah Raja Omar berkata, dia mengalami kesukaran bergerak sejak menghidap penyakit tersebut kerana lutut hingga ke bahagian bawah kaki kanannya kian membesar dan merebak kepada kaki kiri.

“Keadaan kaki yang besar menyukarkan pergerakan dan saya terpaksa menahan kesakitan jika berdiri terlalu lama atau berjalan dalam jarak yang jauh.

“Rawatan telah dilakukan dan pernah dibedah sebanyak empat kali namun tiada perubahan sehingga doktor memberi cada­ngan agar kaki saya dipotong tetapi tidak diberi penjelasan secara terperinci,” ujarnya.

Raja Kamariah memberitahu, kakinya itu sema­kin baik selepas khidmat perubatan daripada sebuah klinik swasta sejak bulan puasa yang lalu.

“Bagaimanapun, kos rawatannya sangat tinggi mencecah RM1,000 sebulan tidak termasuk keperluan harian seperti lampin pakai buang dan kos pengangkutan untuk ke klinik tersebut.

“Kadangkala saya tidak pergi ke klinik kerana mempunyai masalah kewangan sedangkan luka perlu dicuci di klinik setiap hari bagi mengelakkan ia lebih mudarat,” katanya.

Tambah warga emas itu, dia berharap akan sembuh daripada penyakit tersebut dan dapat melakukan aktiviti harian seperti orang lain.

“Doktor pernah memberitahu bahawa saya berpeluang untuk sembuh,” katanya.

Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan kepada Raja Kamariah boleh menghubunginya di talian 012-6234881 atau melalui akaun Agro Bank (2007621000009893).