Prolintas memaklumkan, beberapa kawasan di ibu negara turut terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat luar biasa petang semalam.

“Pihak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) menerima panggilan sekitar pukul 4.20 petang berhubung kejadian tersebut. Seramai 15 ahli pasukan ‘Emergency Rescue Team’ (ERT) Prolintas turun ke kawasan itu bagi menilai dan mengatasi punca kejadian serta membantu penduduk setempat.

“Pasukan ERT juga memastikan keselamatan pendududk khususnya berkaitan eletrik, membersihkan kediaman dan menghulur bantuan kepada setiap rumah. Selain itu, sebuah keluarga dipindah ke hotel berdekatan dan makan malam disediakan kepada penduduk terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE