banjir ampang 2

Tanah runtuh di Ampang

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, banjir kilat berkenaan menyebabkan masing-masing empat buah rumah di Ampang dan Gombak dinaiki air.

Semua kawasan terlibat dinaiki air sedalam 300 milimeter (mm) dan kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat banjir kilat berpunca daripada longkang di tepi jalan utama tidak dapat menampung peningkatan jumlah air dari kawasan perumahan serta air bukit.

"Sementara di Gombak, hujan terlalu lebat menyebabkan paras air Sungai Kelang melimpah mencecah 0.5 meter dan melimpah ke kawasan rumah (berhadapan sungai berkenaan) berdekatan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

banjir ampang ii

Sebuah rumah dinaiki air di Dusun Tua, Hulu Langat

Dalam pada itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor pula, satu kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 5:51 petang tadi di Apartment Taman Mulia Jaya, Ampang.

Kejadian melibatkan tebing pagar runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Wira. Tiada kemalangan jiwa berlaku,"  jelasnya. - UTUSAN ONLINE