Bangunan yang turut dikenali sebagai Rumah Putih di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang mempamerkan nilai sejarah kesultanan Selangor itu kini dipenuhi semak-samun di sekelilingnya.

Tinjauan Skuad Terjah di lokasi baru-baru ini mendapati bangunan itu turut diceroboh dan dijadikan sarang jenayah termasuk kegiatan penagihan dadah segelintir pihak.

Berdasarkan pemerhatian, pe­ralatan menghisap dadah seperti penyedut minuman yang dipotong untuk menjalankan kegiatan penagihan bersepah di sana sini.

Bangunan itu turut menjadi tempat berteduh sebuah keluarga gelandangan kerana terdapat beberapa helai pakaian ditemui.

Seorang penduduk Kampung Baru, Ahmad Baharuddin, 45, berkata, kawasan itu terbiar tanpa penyelenggaraan oleh pihak berwajib sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, semua perabot rosak, pintu bangunan pecah dan hiasan dalaman turut dimusnahkan penceroboh.

“Sayangnya, nilai sejarah yang dipelihara orang terdahulu kini se-perti tidak punyai nilai,” katanya.

Utusan Malaysia turut difahamkan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan adalah di bawah pengurusan kelab dan kerajaan negeri Selangor.