Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bandar Utara Selayang ibarat ‘Bandar Sampah’

SAMPAH sarap yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab sehingga 3
SAMPAH sarap yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengundang pencemaran dan menjadi punca masalah kesihatan di Bandar Utara Selayang, Selayang. - UTUSAN ONLINE

SELAYANG 7 Sept. - Tidak ubah seperti ‘Bandar Sampah’. Itu gambaran bagi menerangkan keadaan persekitaran yang jelik, kotor dan berbau di kawasan komersial di Bandar Utara Selayang berdekatan Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini.

Tinjauan mendapati, pelbagai jenis sampah sarap dibuang di merata-rata tempat terutama di laluan pejalan kaki sehingga mencemarkan persekitaran dan menyakitkan mata memandang.

Lebih menyedihkan apabila kemudahan tong sampah yang disediakan tidak digunakan dengan sebaiknya sebaliknya lebih cenderung membuang sampah sehingga bertaburan ke kawasan letak kenderaan.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kawasan yang dihuni oleh kebanyakan warga asing terutama dari Mnyanmar dan Rohingya itu adalah kawasan tumpuan untuk orang ramai menjalankan pelbagai urusan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) digesa mempertingkatkan kawalan dan usaha untuk memastikan kawasan tersebut bebas dari pencemaran. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain