Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, selain menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus yang efektif, DBKL akan memperbanyakkan program seperti tanggungjawab sosial korporat demi kesejahte-raan dan kebajikan rakyat.

“Baru-baru ini kita mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara mengenai Bajet 2019.

“Kita akan kenal pasti program-program yang telah dibuat dan akan memperbanyakkan la­gi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas merasmikan Projek Pengindahan Lorong Belakang di Jalan Rembia, Bukit Bintang di sini.

Yang turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Sementara itu, beliau berkata, projek pengindahan yang dilaksanakan DBKL itu merupakan inisiatif menaik taraf laluan pejalan kaki di kawasan pelancongan di ibu negara.

Ujarnya, kajian laluan yang sering digunakan orang ramai dilaksanakan terlebih dahulu memastikan projek berkenaan dapat dimanfaatkan secara total.

“Dengan usaha ini ia bukan sekadar menaiktaraf imej lo­rong-lorong belakang yang sebelum ini kotor, tapi juga me­ningkatkan kesedaran dan kerjasama komuniti sekitar untuk menjaga kawasan terlibat agar tidak menjadi mangsa vanda­lisme,” katanya.