Syarikat Bekalan Air Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang berusaha melaksanakan beberapa kaedah untuk mempercepatkan proses pembaikan berdasarkan situasi di tapak dan akan memaklumkan status dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini jangkaan kerja siap dan bekalan pulih masih tidak dapat ditentukan dan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna, bantuan lori tangki air terus digerakkan ke kawasan terjejas.


“Sila muat turun aplikasi telefon bimbit mySyabas di Google Playstore atau Apple Store untuk maklumat dan status terkini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE