Kerosakan tersebut dipercayai berpunca dari­pada kekerapan pelbagai jenis kenderaan yang menggunakan laluan utama menghubungkan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu selain faktor cuaca.

Pengguna terpaksa berhati-hati sewaktu melalui jalan berkenaan kerana wujud risiko kemalangan khususnya kepada penunggang motosikal.

Sehubungan itu, pihak bertanggungjawab perlu membaik pulih segera jalan tersebut sebelum keadaannya bertambah melarat dan meragut nyawa.