Masalah itu berpunca daripada kejadian paip pecah hingga mengakibatkan jalan menjadi retak dan berlubang serta dipenuhi air yang tidak henti-henti mengalir.

Kejadian itu menimbulkan masalah besar yang bukan sahaja mengundang kesesakan jalan raya malah boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu tidak sedar kewujudan lubang tersebut.

Pada masa sama, ia juga boleh menyebabkan tayar kenderaan terutama motosikal menjadi rosak disebabkan hentakan kuat apabila terkena lubang berkenaan.

Kejadian tidak disangka-sangka berlaku pada pagi Ahad lalu itu perlu diambil tindakan drastik pihak berwajib untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - UTUSAN ONLINE