Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, projek tersebut melibatkan kawasan seperti Taman Botani Perdana, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dan kawasan sekitar Universiti Malaya (UM).

“Usaha berterusan dijalankan DBKL dalam memastikan situasi tersebut terkawal. Kebanyakan kawasan di ibu kota hanya mampu menampung kadar bacaan hujan sekitar 60 milimeter.

“Apabila hujan melebihi tiga jam, kejadian banjir kilat sukar dielakkan. Bagaimanapun, anggota DBKL dengan kerjasama agensi lain sentiasa bersiap siaga menghadapi ke­mungkinan banjir ki­lat,” katanya ketika di­ta­nya pemberita ber­hubung banjir kilat di ibu negara sejak ke­belakangan ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Padok Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Setia­usaha Eksekutif Majlis Ekuin Malaysia, Datuk Malek Jeremiah.

Dalam perkembangan sama, Mhd. Amin Nordin berkata, sebanyak 900 pelajar dari 30 buah Sekolah Pendidikan Khas sekitar Lembah Klang menerima manfaat rawatan melalui Pusat Terapi Berkuda di taman tersebut setiap tahun.

“Bagi menampung permintaan yang semakin me-ningkat bukan sahaja rekreasi berkuda dan terapi untuk kanak-kanak kurang upaya, DBKL turut membina dua padok berbumbung bagi ke-selesaan mereka.

“DBKL turut bercadang memperlu­askan usaha ini di lokasi lain, termasuk menambah jumlah bilangan kuda. Program Terapi Berkuda merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL,” katanya.

Tambahnya, DBKL komited dalam usaha memastikan golongan kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kesaksamaan hak seperti insan normal lain dalam semua aspek kehidupan.

“Ini termasuk aksesibiliti serta kaedah terapi seumpamanya,” katanya.