Walau bagaimanapun kebakaran tersebut hanya melibatkan kipas tersebut dan sebuah katil di bawah kipas itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Azhar Harun berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.47 petang dan tiba di lokasi pada pukul 3.56 petang.

“Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan kipas siling dan sebuah katil di bawahnya yang terbakar 100 peratus. Kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu” katanya dalam kenyataan di sini hari ini - UTUSAN ONLINE.