Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dalam satu majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa yang diadakan di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, bantuan tahunan berupa wang tunai dan barangan keperluan raya itu diperoleh hasil daripada sumbangan penderma iaitu badan-badan korporat, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

“Program ini bertujuan menzahirkan rasa simpati bagi meringankan beban golongan tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kami akan terus mengadakan program ini secara tahunan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan, sekali gus menjadikan ia sebagai ladang amal untuk berbakti kepada komuniti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang juga penaung pertubuhan itu berkata, sumbangan bernilai kira-kira RM15,000 itu turut diagihkan kepada 50 orang kurang upaya dari sekitar kawasan Wangsa Maju, Gombak dan Setiawangsa. - UTUSAN ONLINE