Penduduk mendakwa, selain dinding, siling kediaman turut rosak dan retak.

Tinjauan Skuad Terjah ke kawasan perumahan yang mempunyai empat blok itu mendapati persekitarannya tidak ubah se-perti kawasan terbiar dan tidak diselenggara dengan baik.

Terdapat air bertakung di sana- sini dan kesan air meresap di bahagian dinding setiap unit.

Skuad Terjah dimaklumkan, keadaan itu berpunca daripada kerosakan tangki air utama di tingkat atas yang sehingga kini tidak diperbaiki.

Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Penduduk-Penduduk Ban­dar Tasik Selatan dan Desa Tasik, Rusli Ismail berkata, aduan demi aduan berkaitan masalah itu te­lah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab namun tiada sebarang penyelesaian diambil.

Menurutnya, jika keadaan ter­sebut dibiar berterusan penduduk bimbang masalah lebih besar berlaku.

“Masalah dihadapi penduduk di sini bukan seminggu dua, tetapi sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah dimaklumkan mengenai masalah ini, namun sehingga kini tiada tindakan diambil,” kata­nya.

Sehubungan itu kata Rusli, beliau mewakili penduduk di kawasan itu mengharap keprihatinan pihak bertanggungja­wab membantu menyelesaikan ma­salah yang berlaku di perumahan berusia 20 tahun itu.