Kemenangan untuk filem Desolasi itu menyaksikan anak kepada pengarah tersohor negara, Datuk Yusof Haslam menewaskan pengarah lain iaitu Chiu Keng Guan (Ola Bola) dan Ghaz Abu Bakar (Polis Evo).

Filem pecah panggung Polis Evo pula diangkat untuk anugerah Penerbit Terbaik bagi kategori filem menerusi Joel Soh.

Kategori telefilem pula menyaksikan Rashid Sibir dipilih sebagai Pengarah Terbaik untuk karyanya sendiri berjudul Tanah Kubur: Ummah Jamaliah.

Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) menerusi drama bertajuk Beautiful World manakala Telemovie Terbaik juga dimenangi ntv7 melalui The Missing Menu.

Pada majlis itu juga, tiga individu dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Profima 2017 sebagai menghargai jasa dan sumbangan pada industri seni iaitu ahli akademik Prof. Dr. Asiah Sarji.

Dua lagi penerima ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Monspace Multinational Corp, Datuk Seri Jessy Lai dan Presiden Point College, Yoki Chin.

Pada malam itu, sebanyak 63 anugerah dipertandingkan melibatkan lebih 80 buah karya termasuk filem, drama, telefilem, filem iklam, majalah, filem pendek, animasi dan dokumentari yang dihasilkan penggiat seni tempatan.

Anugerah Profima diadakan bagi mengiktiraf penggiat seni khususnya yang berkhidmat di belakang tabir. - UTUSAN ONLINE