Operasi yang diketuai oleh Jabatan Kesihatan MPSJ itu turut disertai Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPSJ dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan strata yang terlibat.

Menurut MPSJ, jumlah kumulatif kes daftar denggi di kawasan pentadbiran MPSJ adalah sebanyak 4,879 kes dengan lima kawasan perumahan bertingkat di Taman Serdang Perdana mencatat statistik kes jangkitan tertinggi.

Operasi dibahagikan kepada lima kumpulan di setiap lokasi ditetapkan itu bertindak mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan kawalan semburan ‘larvaciding’ (membunuh jentik-jentik).

Dalam pemeriksaan dari rumah ke rumah itu turut dilakukan sesi penerangan mengenai cara-cara mencegah pembiakan nyamuk selain turut melakukan ujian takungan air di beberapa lopak air sekitar kawasan perumahan. - UTUSAN ONLINE