Dua beradik iaitu, Mohd. Airil Nizam Rosli, 17, dan Mohd. Aizal Alif Rosli, 14, menjadikan hobi mereka sebagai punca pendapatan untuk membantu meringankan beban ibu bapa khususnya bagi menampung perbelanjaan persekolahan.

Tanpa sengaja Utusan Kota berkunjung ke pasar itu baru-baru ini, seakan-akan tertarik dengan gaya persembahan yang bersahaja sekali gus mewujudkan suasana zaman pra merdeka.

Mohd. Airil Nizam memberitahu, minat mendalam terhadap lagu irama klasik ini mengajak dia dan adiknya untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan khususnya untuk acara keraian dan kenduri perkahwinan.


Video oleh FAUZI SUHAIMI

“Kami hanya bermula di hadapan gerai makan mak dan ayah saya sahaja, dan selepas ada permintaan daripada banyak pihak, kami cuba untuk menyediakan untuk acara tertentu.

“Tetapi kami hanya beraksi pada cuti hujung minggu ataupun cuti persekolahan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Aizat Alif, bakat yang ada pada mereka adalah hasil daripada didikan ayah yang turut menjadi minat ayahnya suatu ketika dahulu.

“Kami hanya mewarisi kepakaran dan kebolehan yang ayah saya ada kerana beliau juga pandai bermain alat muzik dan gemar menyanyi.

“Jadi, kami ingin terus mewarisi bakat ini dan cuba untuk mempertahankan minat irama klasik dalam kalangan generasi muda masa kini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE