Itulah yang berlaku di Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur apabila pelbagai jenis sampah sarap termasuk sisa pepejal, sampah pukal dibuang pihak tidak bertanggungjawab di lokasi itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, longgokan sampah itu bukan saja mencemarkan persekitaran, tetapi turut mengeluarkan bau busuk.

Tiada gunanya usaha diambil pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah kebersihan selagi sikap masyarakat tidak berubah. - UTUSAN ONLINE