Selain itu, sebanyak 500 juta unit AS1M lagi akan dibuka khusus untuk golongan yang dalam kategori kumpulan berpendapatan terendah (B40).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kedua-dua insentif tersebut merupakan mekanisme untuk meningkatkan jumlah simpanan masa depan masyarakat India yang diperkenalkan di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) menerusi Bajet 2018.

“Bagi kumpulan B40 kerajaan menawarkan pinjaman serendah RM5,000 untuk mereka yang berminat membeli unit amanah saham itu dan untuk amanah saham biasa ia terbuka kepada orang ramai dengan harga serendah RM100,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE