Menurut DBKL dalam kenyataan hari ini, perubahan itu bermula dari simpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang hingga simpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi.

Melalui perubahan ini, kenderaan yang datang dari arah Jalan Bukit Bintang dibenarkan membelok ke kiri menghala ke Bulatan Kampung Pandan, Terowong SMART dan Petaling Jaya.

Menurut kenyataan itu, ia dilaksanakan bagi menampung pertambahan bilangan kenderaan yang datang dari arah Bukit Bintang dan mempercepatkan pergerakan trafik keluar dari pusat bandar, khususnya ketika waktu puncak di sebelah petang.

Justeru, DBKL menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik bagi mengelak kekeliruan. - BERNAMA