Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alam Flora, Samsung jalin kerjasama

MOHD. ZAIN HASSAN (kanan) bersama Eric Kwai Chee Hoong (kiri)
MOHD. ZAIN HASSAN (kanan) bersama Eric Kwai Chee Hoong (kiri) menunjukkan telefon pintar Samsung X Cover 4 yang menawarkan aplikasi Sistem Pengurusan Alam Flora di Menara Iconl, Kuala Lumpur, baru-baru ini. UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 29 Jun - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics (Samsung) bagi meningkatkan sistem pengurusan bersepadunya (AIMS) menerusi telefon pintar perniagaan terkini daripada Samsung, XCover 4.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, kerjasama itu adalah untuk pembelian sebanyak 175 telefon XCover 4 yang dipasang dengan aplikasi AIMS iaitu ‘MResponz’, bagi meningkatkan operasi dan kecekapan pekerjanya.

Menurutnya, aplikasi MRes­ponz merupakan platform yang mendedahkan semua pekerja di lapangan dapat bertindak balas terhadap aduan orang awam secara terus.

“Kami akan membawa aplikasi ini ke peringkat seterusnya dengan memaksimumkan integrasi dengan peranti ini.

“Ini menjadi langkah luar biasa bagi Alam Flora dalam memulakan syarikat ini dalam ekonomi digital dan menjadikan syarikat ini sebagai Penyedia Pengurusan Sisa Pepejal Digital (PPSPD) di Malaysia yang terkemuka,” katanya ketika berucap dalam majlis pengumuman perkongsian itu di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Jualan Telekomunikasi, Perniagaan Perusahaan Samsung Malaysia Electronics (SME), Eric Kwai Chee Hoong berkata, peranti berkenaan merupakan produk eksklusif hanya untuk pelanggan perniagaan Samsung dengan paparan TFT 4.99 inci dengan resolusi 720x1280p.

“Di bawah hud peranti ini dilengkapi dengan pemproses quad-core dengan RAM 2GB dan penyimpanan dalaman 16MB yang boleh diluaskan menerusi microSD serta kamera belakang 13 megapixel dengan tangkapan swafoto 5 megapixel.

“Model ini dilihat mampu menampung pemukulan dan bekerja dalam suhu melampau, rendah dan tinggi, sepertimana dijamin oleh penarafan ketenteraan Amerika Syarikat (standard MIL-STD 810G),” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain