Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, melalui program itu kerja-kerja termasuk pembersihan, mengecat pagar, pemasangan langsir dan juga pembasmian serangga perosak dilakukan secara bergotong-royong bersama kakitangan Alam Flora dan penduduk setempat.

“Projek ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat Alam Flora dan dilakukan setiap tahun bagi memastikan madrasah dan masjid sentiasa bersih selain memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadat.

“Usaha ini tidak terhenti di sini sahaja tetapi akan diteruskan setiap tahun pada masa akan datang,” katanya ketika hadir ke Majlis Imarah Ramadan Madrasah Al-Ihsaniah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya, Mohd. Zainudin Amran dan Pengerusi Madrasah Al-Ihsaniah, Mustapha Abdullah. - UTUSAN ONLINE