PELAJAR akan mempelajari aktiviti seni dan kraf dengan membuat corak menggunakan keratan kertas dan penyedut minuman plastik. Pendaftaran adalah percuma. - UTUSAN ONLINE

PPAS dalam laman sosial Facebook memaklumkan, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seni dan kraf dengan membuat corak menggunakan keratan kertas dan penyedut minuman plastik.

Aktiviti yang dijalankan terbuka kepada pelajar Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah itu bermula pukul 11 pagi sepanjang minggu ini.

Para pelajar hanya perlu ke PPAS untuk mendaftar kemasukan kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

Untuk mengikuti program berkenaan setiap pelajar perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara percuma. - UTUSAN ONLINE