Acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 2 petang di Padang Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor itu dianjur bersempena sambutan Hari Hasil ke-22 yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung seperti acara senam robik, bola sepak jalanan, zumba, bola jaring, sukaneka, memanah, berkuda, food truck dan mewarna wajah.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai urusan LHDM melalui kaunter informasi yang disediakan.

Fit Hasil LHDNM turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Bell Ngasri, Ippo Hafiz, Ernie Zakri dan Joey.

Maklumat lanjut mengenai program boleh diperolehi daripada portal rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my/.-UTUSAN ONLINE