Acara tahunan bertemakan Malam Bollywood itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Ariza Ibrahim.

Ariza berkata, majlis tersebut bertujuan menghargai sumbangan kakitangan sepanjang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan itu.

“Ini juga sebagai platform untuk merapatkan hubungan menerusi aktiviti santai dan hiburan disamping memupuk gaya hidup ceria dalam kalangan kakitangan,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Program diisi dengan persembahan tarian dan nyanyian kakitangan jabatan selain pertandingan pakaian terbaik yang menyaksikan Hassan Azhari Abu Bakar dari unit media mengungguli kategori pakaian lelaki manakala bagi kategori pakaian wanita dimenangi Ariza. - UTUSAN ONLINE