Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memaklumkan, penutupan sementara itu bermula pukul 1.30 pagi hingga 10.30 pagi.

“Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi memudahkan perjalanan. Bagi tujuan pemantauan keselamatan orang awam, pihak penganjur akan menempatkan anggota pasukan keselamatan di laluan terlibat.

“Kerja-kerja pemasangan notis pemberitahuan kepada pengguna turut dilaksanakan sebelum tarikh penganjuran berlangsung,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini

Tambah kenyataan itu, pihak AKLEH memohon kerjasama orang ramai mematuhi semua panduan keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut. - UTUSAN ONLINE