Bagaimanapun menurutnya, sekiranya bekalan haiwan itu me­ngalami masalah kekurangan, kerajaan negeri akan mengambil pendekatan untuk membawa ma­suk lembu-lembu dari negeri lain.

“Lembu yang dibawa ke Melaka akan dikuarantin selain perlu menjalani standard pemeriksaan. Pemeriksaan ini bagi memastikan lembu terlibat bebas daripada sebarang penyakit,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.


Sementara itu, Hassan memberitahu, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 300 permohonan bagi permit pe­nyembelihan sempena ibadah korban di negeri ini dan dijangka meningkat sehingga 700 pada minggu ini.

Dalam pada itu, tambah Hassan, pihaknya meminta Jabatan Pertanian bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau harga barang kawalan agar tidak berlaku rungutan yang membebankan pembeli. - UTUSAN ONLINE