SUKARELAWAN mengagihkan pek makanan percuma hasil sumbangan Akademi Belia Bandar untuk penduduk PPR Lembah Subang, Petaling Jaya. - UTUSAN ONLINE

Ketua Blok H PPR Lembah Subang 1, Mazlan Md. Yunus berkata, program itu berlangsung setiap minggu dengan melibatkan pek makanan dan minuman percuma kepada kira-kira 8,000 penduduk di kawasan tersebut.

“Program dibuat secara bergilir-gilir dengan menyasarkan sebanyak dua blok pada setiap minggu. Makanan akan diagihkan selepas Maghrib sebagai makan malam penduduk.

“Pek makanan tersebut lebih diberi keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan untuk membantu mengurangkan beban mereka,” katanya sambil menambah program kemasyarakatan itu dilaksanakan sejak dua tahun lalu. - UTUSAN ONLINE