IDRIS AHMAD
IDRIS AHMAD

Idris berkata, dakwaan tidak berasas itu berniat jahat dan dilakukan untuk menjejaskan reputasi baik sebagai wakil rakyat dan doktor profesional.

Malah, katanya, beliau percaya dakwaan tersebut mempunyai agenda tersembunyi di sebalik pencalonan namanya sebagai Menteri Besar Selangor baharu, menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya difahamkan dakwaan ini ditularkan menerusi pelbagai platform media sosial sejak beberapa ketika dan saya hanya mendapat tahu petang semalam.

“Hasil semakan saya dengan pihak pengurusan Kolej Vision, saya mendapat pengesahan bahawa kolej tersebut tidak pernah mengalami sebarang masalah apatah lagi dakwaan salah laku berkaitan PTPTN atau kementerian sejak ditubuhkan pada Julai 2005.

“Rekod saya bersih dan bebas rasuah malah pernah isytihar harta juga. Apa motif sebenar penularan dakwaan ini. Mengapa ia disebarkan pada saat-saat akhir sebelum Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE