Aduan demi aduan dikemukakan orang awam seolah-olah `bagai mencurah air ke daun keladi’. Tiada sebarang usaha diambil untuk menyegerakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan terlibat.

Senario tersebut boleh dilihat di sekitar Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Jalan berlubang, retak, mendap, kualiti turapan tidak sempurna, korekan kerja-kerja utiliti dan tumpahan sisa konkrit merupakan pemandangan biasa di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kajang digesa menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mempergiatkan pemantauan secara berkala.