Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, sebanyak 95 ekor lembu diagihkan kepada persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, masjid, surau, pihak polis dan tentera.

“Pada tahun ini merupakan sumbangan tertinggi, berbanding tahun lalu sebanyak 92 ekor disumbangkan sejak saya menjadi wakil rakyat lima tahun lalu.

“Saya berharap sumbangan ini dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Saya turut mendoakan semua rakyat Malaysia untuk mempertahankan kemerdekaan dan keharmonian negara dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Muadz Bin Jabal di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE