Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ruang pejabat itu dilengkapi dengan segala kemudahan bagi ahli-ahli menjalankan aktiviti syarikat dengan tempoh sewaan yang fleksibel sama ada mengikut jam, hari, mingguan, bulanan mahupu secara tahunan.

Menurut beliau, pejabat berkenaan akan membantu koperasi-koperasi yang baru ditubuhkan dan masih tidak mempunyai ruang pejabat rasmi.

“Jumlah koperasi di Selangor yang bernaung di bawah Angkasa adalah sebanyak 1,150 buah di mana 80 peratus daripadanya masih tidak mempunyai pejabat operasi sendiri.

“Maka dengan kewujudan Pokas ini ia akan memberikan mereka ruang yang selesa untuk bekerja, bermesyuarat dan menjalankan aktiviti koperasi yang lain dengan bayaran serendah RM25 untuk lapan jam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pokas di Pejabat Angkasa Negeri Selangor, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Selangor, Datuk Mohd. Alias Hamzah. - UTUSAN ONLINE