Pengarah pasukan Lagenda, Mohd. Hafis Khairulah berkata, acara itu yang bermula pada 25 November 2017 hingga 26 November lalu berlangsung dengan jayanya yang menyaksikan peserta menyerlahkan kehebatan masing-masing dalam permainan itu.

“Kebanyakan peserta yang menyertai kejohanan ini berpuas hati apabila mereka diberi peluang menunjukkan potensi, sekali gus boleh membawa nama negara ke persada dunia melalui arena e-sukan suatu hari nanti,” katanya.

Acara yang julung-julung kali diadakan menerusi Karnival Upin Ipin itu mempertandingkan tiga kategori iaitu Tekken 7, Fifa 18 dan Dota 2 satu lawan satu.

Pada program itu, Muhammad Zaqwan, 23, muncul sebagai juara pertandingan Tekken 7 manakala Abdul Rahim Abdul Shukor, 26, dan Sian Cheon Yi, 19 pula pemenang bagi FIFA 18 dan Dota 1 vs 1. - UTUSAN ONLINE