Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, tajaan bernilai RM20,000 diberikan kepada pelajar tahun lima dan tahun enam terpilih yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Kaedah pembelajaran interaktif dikenali sebagai Zoom A ini merupakan medium terbaik meningkatkan prestasi pendidikan sekolah terbabit.

“Bagi pelajar yang menerima tajaan ini diharap dapat menjadi ‘tutor’ kepada pelajar lain dan boleh diakses sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Kecemerlangan UPSR di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Asiah Husin. - UTUSAN ONLINE