Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, tajaan bernilai RM20,000 diberikan kepada murid tahun lima dan tahun enam terpilih yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Kaedah pembelajaran inte-raktif dikenali sebagai ‘Zoom A’ ini merupakan medium terbaik meningkatkan prestasi pendidikan sekolah terbabit.

“Bagi murid yang menerima tajaan ini diharap dapat menjadi ‘tutor’ kepada pelajar lain dan boleh diakses sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja. Bagaimanapun saya mahu melihat keberkesanan pelaksanaan tersebut sebelum diperluaskan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas me­rasmikan Program Kecemerlangan UPSR di sini.

Yang turut hadir Timbalan Pe­ngarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Asiah Husin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fauzi berkata, beberapa program penyampaian sumba­ngan diatur menjelang sambutan Aidilfitri pada Ahad ini.

“Selain sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Muadz Bin Jabal, program turut diadakan di Kem Kementah melibatkan anggota tentera.

“Turut mengisi jadual sepanjang minggu ini program isi mi­nyak percuma kepada 1,000 penunggang motosikal pada Jumaat ini,” katanya.