Ketua Pegawai Teknologinya, Norazak Zaha Zainal Abidin berkata, pihaknya yakin sistem itu dapat melancarkan segala urusan transaksi pembayaran dan mampu melonjakkan jualan usahawan dalam talian.

“Aplikasi ini adalah usaha berterusan kami dalam memudahkan semua urusan usahawan online di Malaysia dengan melancarkan perjalanan kerja, menjimatkan masa dan menjadikan perniagaan lebih bersistem dan dipercayai pelanggan.

“SenangKIRA boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan juga Apple AppStore. Ia memudahkan semua usahawan online menguruskan jualan mereka di Whatsapp, Facebook, Telegram dan sebagainya, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini- UTUSAN ONLINE.