Yang Dipertua PPKMWP, Datuk Mohamad Abdullah berkata, gesaan itu bagi memastikan ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan berkenaan tidak tercicir dan terus diberi peluang untuk berniaga di situ.

Beliau berkata, pengambil alihan hak penganjuran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang bermula tahun ini dikhuatiri akan menyebabkan penyewaan 56 lot tapak diserahkan kepada peniaga baharu.

“Hak penganjuran yang akan dipegang oleh DBKL bermula tahun ini tidak akan memberi jaminan kepada ahli persatuan untuk mereka berniaga di bazar seperti biasa.

“Kami merayu supaya diberikan semula hak penganjuran yang sudah menjadi ‘tradisi’ bazar ini sejak puluhan tahun lagi pun kami ada akar umbi yang berpengalaman,’’ katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan himpunan yang disertai kira-kira 100 ahli PPPKMWP bagi membantah keputusan DBKL menarik hak penganjuran bazar Ramadan daripada persatuan di sini hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebelum itu mengumumkan pihaknya akan mengadakan satu perjumpaan dengan para peniaga sekitar Jalan TAR pada minggu ini.- UTUSAN ONLINE