Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, penganjuran masuk tahun kelima yang bertemakan Festival Kesenian Rakyat (Folklore Festival) itu merupakan antara pelan strategik yang terkandung dalam Pembangunan Mampan PJ 2030 khususnya yang berkait dengan budaya dan komuniti.

Katanya, aspek kebudayaan jadi teras festival tahunan itu antaranya persembahan kebudayaan dari dalam dan luar negara, demonstrasi makanan, jualan buah-buahan tempatan termasuk mengetengahkan budaya baharu seperti ‘urban dance’, ‘busking’, ‘foodgasm’ serta pertandingan kayak dan memancing.

“Delegasi dari negara luar iaitu ‘PJ Sisters City’ turut memeriahkan festival malam ini iaitu Kota Bandung (Indonesia), Asan City dan Seong Bok-gu (Korea Selatan) serta Miyoshi (Jepun). Sekali gus mewujudkan silang budaya,” katanya semasa berucap merasmikan ‘PJ Fair 2017: Festival Kesenian Rakyat’ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE