Antara yang menarik perhatian adalah pau berwarna-warni yang diberi jolokan Pau Viral oleh peniaga, Mohd. Ghazali Abd. Rahman, 45, atau Pak Sue dari Kuala Kubu Bharu.

“Pau tidak ‘wa­jib’ putih dan warna ceria ini hasil curahan idea rakan-rakan dengan pesanan agar tidak kedekut inti.

“Alhamdulillah, sejak awal per­himpunan agung jualan kami mencecah 3,000 biji pau. Ia bukan sahaja cantik di mata, malah sedap di mulut dan kenyang di perut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ghazali yang dibantu rakan dan anak lelakinya sendiri berkata, rasa asli 10 jenis pau yang sedia dimakan atau dibawa pulang adalah antara faktor ia popular.

Lebih menarik katanya, ke­se­mua jenis tidak kira coklat, sosej keju, lada hitam, kelapa bijan, serunding daging, coklat kopi dan sardin dijual pada harga RM2 iaitu sama dengan harga di luar.

“Kami tidak me­naikkan harga kerana yakin apabila pau ini dijamah pelanggan pasti akan kembali untuk merasainya lagi,” katanya lagi.