Persembahan hiburan itu merupakan salah satu acara dalam kempen ‘Light The Way’ anjuran Prasarana Malaysia Berhad mengenai kesenian dan budaya kaum India kepada penumpang.

Kempen itu dianjurkan di beberapa stesen LRT terpilih, termasuk stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Penumpang turut menerima kuih manisan seperti ladoo dan manisan kelapa, manakala wanita berpeluang mendapatkan hiasan inai pada tangan mereka. - UTUSAN ONLINE