Ini termasuk mengambil bahagian dalam acara PJ Streets Zumba di Dataran Boulevard, Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor.

Aktiviti malam pada setiap Sabtu bermula pukul 9 hingga 12 malam itu merupakan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang bertujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, program itu turut menampilkan beberapa selebriti tanah air untuk merancakkan lagi aktiviti yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap minggu akan mempunyai tema warna pakaian yang berbeza. Tiada jadual berkenaan tema warna pakaian.

“Ia akan dimaklumkan dari minggu ke minggu atau melalui laman Facebook ‘Majlis Bandaraya Petaling Jaya’ dan Instagram ‘pjcitycouncil’,” katanya.

Katanya, program itu adalah usaha MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai kota seni penting melahirkan masyarakat sentiasa hidup dengan interaksi sihat melalui aktiviti seni, kebudayaan dan intelektual.

“Aktiviti sebegini menghapuskan prasangka dan mengeratkan hubungan sesama rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE