Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad berkata, tindakan itu perlu diambil bagi menjaga ketenteraman dan tidak mengganggu orang ramai di kawasan pusat bandar.

“Saya akan berjumpa dengan kumpulan tersebut selepas Hari Raya Aidiladha ini bagi mencari jalan penyelesaian. Kalau masih berdegil, jangan marah jika kami tempatkan mereka di kawasan yang tidak menjadi tumpuan.

“DBKL tidak akan bertindak sesuka hati. Tindakan ini berikutan sudah banyak kali aduan diterima daripada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau projek River of Life di Masjid India di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE