PEMBORONG IKAN BILIS

Bandar Kinrara 6, Puchong

JAWAPAN:

MAJLIS Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguruskan kerja-kerja kutipan sampah setiap hari melalui kontraktor yang dilantik di setiap pasar pagi seliaan MPSJ.

Kejadian kutip RM10 oleh samseng telah kedengaran sebelum ini dan lagak mereka selaku ‘abang kawasan’ menggunakan kekerasan terutama kepada peniaga yang sudah berusia menimbulkan kacau ganggu dan kerosakan harta benda. MPSJ telah memaklumkan kepada pihak polis dan tindakan telah dijalankan dengan segera.

DATUK NORHISHAM AHMAD DAHALAN

Yang Dipertua MPSJ