Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

82 sekolah Bandar Tun Razak terima kek Hari Guru

RIZALMAN MOKHTAR (enam dari kiri) bersama  Pengetua Sekolah Menengah
RIZALMAN MOKHTAR (enam dari kiri) bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Zainudin Mohamad memotong kek sempena Hari Guru di sekolah itu, baru-baru ini. UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 17 Mei - Sebanyak 82 buah sekolah di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak menerima hadiah kek daripada UMNO bahagian itu sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Ketuanya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, program yang dijalankan sejak lapan tahun lalu bagi menghargai pengorbanan dan dedikasi guru yang tidak ternilai.

Selain sekolah kebangsaan dan menengah, turut menerima hadiah itu sekolah agama, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS dan Tabika Perpaduan.

“Kami berharap usaha ini dapat merapatkan hubungan bersama guru untuk terus mendidik anak bangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi di sini.

Hari Guru disambut setiap 16 Mei dan tahun ini bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain