Ketua UMNOnya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, program yang dijalankan sejak lapan tahun lalu dianjurkan bertujuan menghargai pe­ngorbanan dan jasa guru yang tidak ternilai.

Selain sekolah kebangsaan dan menengah, turut menerima hadiah sekolah agama, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS dan Tabika Perpaduan.

“Kami berharap usaha ini dapat merapatkan lagi hubungan bersama guru untuk terus mendidik anak bangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi di sini.

Rizalman yang mendapat pendidikan awal di sekolah tersebut pada 1979 hingga 1984 turut melahirkan rasa gembira kerana dapat menjejakkan kaki di situ semula.

“Banyak kenangan dan nostalgia sepanjang bersekolah di sini. Pelbagai perubahan dapat dilihat berbanding pada suatu ketika dahulu di sekolah ini,” katanya.