Difahamkan, mangsa, Umi Nurnabillah Mubin, 26, mengalami kecederaan pada bahagian kaki kirinya ketika mendaki gunung tersebut bersama 17 pendaki lain sejak semalam.

Penolong Penga­rah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang pendaki kira-kira pukul 2.30 pagi yang memaklumkan mangsa tidak dapat meneruskan pendakian kerana kecederaan dialami.

“Bertindak terhadap maklumat tersebut, sebanyak lapan anggota dari BBP Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira sejam selepas itu.

“Pasukan bomba kemudian menemukan mangsa pada pukul 10.10 pagi dalam keadaan tidak mampu berjalan di pertengahan kem ‘rehat dan rawat’ gunung tersebut dan kerja membawa turun mangsa agak perlahan berikutan hujan,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE